Monday, January 30, 2012

January 2012 Gonna Be Over

2 buddy (ies)
Assalamualaikum :D

Yay happy sebab hari ni ada satu kelas je which was BEL,
lab bukan giliran kelas aku dan tutorial biologi dibatalkan,
maka haruslah celebrate dengan update blog muahahaha -,-'

Sure lah happy sebab aku takde mood nak berkuiz, study pun tak habis :/
Gara2 semalam kene serang kat facebook,
macam hareeemm hilang mood aku sebab perempuan tu :s

Emo lebih je perempuan ni kan? Haihh kompliketed sungguh. Ngeh3

Tapi petang ni nak pegi melawat bilik Shafiqah dengan Amirah since ada task BEL yang kene baiki lagi,
hailoohhh macam tension,
pressure betul dengan BEL :(
Takpelah, habiskan betul2 petang ni,
biar puas hati,
malam ni for sure nak kene stay up late sebab nak study CTU,
malam esok ada test :(

Rindu mereka :')

Dan aku masih belum memujuk Wafiy yang merajuk.
Comel lah adik bongsu aku tu,
merajuk pulak,
aku tersilap cakap dia kalah dengan anak jiran aku,
menangis2 cakap tak nak SMS aku dah,
naseb aku tak menangis sekali petang semalam :/
Memang dia merajuk betul,
tak SMS langsung aku semalam :(

Nanti Sarah pujuk Wafiy tau :)

Caaaak! Muka macam orang sakit tak? Hoho
Latest picture of mine ^__^
Muka lega kelas dah habis untuk hari ni ngeh3.
Semalam aku bersedih sebab jealous tengok orang bergaya lawa2 pegi dinner,
menangis sampai terlelap, macam entah pape je,
betul, perempuan ni complicated,
aku pun tak faham dengan diri aku sendiri kadang2 ><
Aiseh -,-'
Tapi aku rasa banyak faktor buat aku menangis kot.
Salah satunye, aku nak balik rumah! Cepatlah hari Jumaat ><

K lah gotta go nak prepare pegi bilik Shafiqah pulak ^__^
Wassalam and take care ^__^

PS :
Hari ni dah 30 Januari, tinggal lagi hanya dua bulan masa aku kat sini :'(
Memilih untuk bersedih buat ketika ini.
Awak, adakah lagi peluang untuk kita belajar di universiti yang sama? Sobs T__T

Photobucket

Sunday, January 29, 2012

All I want is to mess around

0 buddy (ies)

Hey hey world :D
Tajuk sila baca sambil buat evil face dan evil laugh kalau nak lagi berkesan ye xD xD
Blur lah nak fikirkan tajuk yang sesuai.
Kelemahan since dulu kala. Nak fikir tajuk, nak buat introduction dan kesimpulan, memang tak berbakat :/
The phrase is taken from lyrics of What The Hell by Avril Lavigne :)

Purple ^___^

Takmo post panjang2 sebab aku takde mood :/
Tapi aku tetap nak post merapu sebab aku takde tempat nak merapu meraban selain blog nih.
Taip macam laju sikit nak bandingkan dengan menulis diari.
Hoho.

So siang tadi aku bazirkan dengan tidur.
Kadang2 aku rasa better tidur kot sebab kalau bangun,
lately mulut aku memang ringan nak menyumpah sebut sial bagai,
aku tak suka aku jadi macam ni,
tapi memang aku cepat terpengaruh dengan environment sekeliling especially bende2 yang tak enak nih.
Asal ada benda tak kena mesti ringan je nak menyumpah-nyumpah.

Pagi ada kelas, tutorial Biologi, dan jugak Lab Bio.
Ngehehe suka aku bila Fatin cucuk jari aku guna lancet tu,
sakit fizikal yang sikit tu lagi enjoyable nak compare dengan sakit dan pedih dalam hati.
Muahaha. Kiranya sakit yang sekejap tu, menyebabkan aku distracted lah sekejap.
Tu je point nya.
Time tutorial aku macam tenggelam dalam dunia sendiri kejap.
Sebab aku tak study chapter immune tu,
so macam ketinggalan lah sikit.
Harap sempat lah cover before kuiz hari Isnin ni.
Hmm.

Hello cutieeee! :DD

Tadi borak2 dengan Ain, Ain datang bilik Ruwaidah.
Ain cakap lama tak tengok aku, dia cakap aku makin kurus.
Ngahaha aku rasa aku timbang last hari tu dah nearly 45 kilogram still Ain cakap kurus? -,-'
Aku tak rasa aku kurus,
cuma aku rasa less energetic,
spiritless.
Aku rasa terumbang ambing dalam lautan emosi.
Dalam perahu yang tak berkemudi.

Tadi kan, aku list kerja2 aku minggu ni.
Lagi sekali mulut menyumpah-nyumpah.
Bodoh kan,
tu namanya belajar tak ikhlas.
Merungut je kerjanya.
Buatnya tidak.

Silalah berubah, Sarah.

Fly fly butterflyyyy

Tadi tengok baju dinner Ruwaidah.
Lawa. Berkenan aku ngahaha.
Untunglah kan orang berduit,
boleh attend dinner.
Aku jugak yang terperuk kat puncak bukit ni malam esok.
Tapi tak kesahlah,
aku rasa macam better stay sini.
Boleh berfoya2 dengan Iman muahahaha.

Teringin nak ada gaun satu :)

Hmm aku rasa macam demam lagi sekali :(
So paracetamol, nanti masuk mulut aku tau.
Penat lah demam.
Nampak sangat dosa banyak sangat tu yang demam tu,
sakit kan penghapus dosa hohoho.

Hmm okaylah aku ada bergunung kerja.
Oh. Tahanlah badan, tahanlah otak,
minggu depan kita balik rumah bergembira ek ^_^

Isnin ada kuiz Bio.
Pastu BEL mesti kena sambung buat last paragraph dengan conclusion.
Selasa ada tutorial Chemistry. Aku tak faham Acid Base T__T
Memang siaplah tutorial aku.
Malam hari Selasa ada test CTU.
Sampai tajuk 3.
Hmmmm. Semangat-less.
Rabu pulak full of lecture classes. Tapi okaylah.
Cuma kena tahan mata je la, niat ada tapi aku rasa tewas jugak nanti :S
Khamis mungkin ada presentation CTU T___T
Tutorial Math. Macam ada kuiz je tidaaaaaaaaaaaaaaaak!
Jumaat tutorial Fizik. Tutorial 6 kot. Assignment pun tak buat lagi sobsob.
Aku harap sesangat BEL petang tu batal,
nak balik Terengganu, so mesti nak serbu Klang Sentral awal2.
Jumaat jugak kene submit report Bio. Hmmm.

Itu je lah. Je lah sangat.
Macam panjang je post aku.
Ngehehe.

Ngehngehngeh sukasukasuka lawaklawaklawak kejamkejamkejaaam -,-'

Oh ye macam kecewa sikit
sebab bulan Mac aku tak boleh turun Kedah join pernikahan sepupu aku, Kak Ani.
Sobsob. Dah setahun weh aku tak jejak kaki kat rumah Tok Wan & Mak Tok aku.
Sedih sial.
Cuti universiti tak sama dengan cuti sekolah.
So bila family aku pegi Kedah time school holiday, aku tak boleh join.
And bulan 3 aku final, memang dah sah sah lah tak boleh pegi kan T___T
Sedihnya.


Tapi aku kena enjoy this coming hectic week,
sebab at the end, hari Jumaat nak balik Terengganu yayyyyyyy,
kalau takde aral. InsyaAllah. Mintak2 boleh sampai dengan selamat amin :D

Photobucket

Friday, January 27, 2012

Lesson of Life.

0 buddy (ies)
Assalamualaikum and good evening I bid to my blog readers ^^
Hihihi. Penatlah ada kelas sampai petang,
tapi jiwa masih bersemangat nak post jugak weeee~


As for today, actually ada 3 kelas je but ada gap lama yang amat,
ye lah, Jumaat la Sarah oi,
for sure tengah hari jual beli dihentikan sebab ada Jumaat prayers, heee :D
Taklah, takkan nak ada kelas jugak masa kaum Adam solat Jumaat kan~
And lepas lecture Math pagi tadi ada 1 jam gap before tutorial Physics.
Kene pulak today En Ikhwan takde T___T
So I did nothing except sembang randomly with Hani & kacau Atin buat keje muahaha ><

Thanks Atin sebab tunggu aku siapkan report Chemistry tadi.
Oh electrochemical cells, kecewa sebab aku tak buat awal2.
Hari tu after lab semangat nak buat report on my own for the first time,
sekali kejadian yang tak diingini berlaku kan,
terus terbang semangat sampai dua hari tak buat kerja langsung muehehehehe xDD

So, tengah hari aku naik and membuta kat bilik.
3.15 turun pegi BEL.
Sebenarnya aku rasa kalau tak turun pun no hal ekekeke.
Sebab turn group aku untuk speaking test ( practise ) dah lepas dah pun,
oleh sebab aku budak yang cantik lagi baik maka aku turun.
Hehehe. Niat nak blaja weh.

Sementara menunggu Mr Hanis tadi ^__^

Lepas tu kan,
ada group spoke about macam mana cara nak belajar foreign language.
And one of the ways is through marriage,
dengan foreigners lah of course kan :D
Menarik gila point tu sumpah.
Siap Mr Hanis kasi contoh lagi a friend of his,
kahwin dengan mamat Perancis.

Wow 0.o
And Mr Hanis cakap,
anak diorang sangatlah comel dan lawa,
and he misses the girl everyday.
Budak tecik tomel tu name beliau Eva.
Lagi superb, budak tecik tiut tu pandai cakap Terengganu, English and French!
Grrrr Perancis weh, berbelit kot nak belajar. BM pun aku sampai hari ni tak master,
inikan French. Ngahahaha. Kau belajar Bahasa Arab suda Sarahhh, teheee~

Hmmm mintak2 lah nanti Mr Hanis tunaikan his words which dia cakap nak tunjukkan kitorang gambar Eva and video dia cakap dengan her mother. Mesti comel ^__^

By the way tadi tengah BEL,
aku download skype muahaha.
Pastu tetibe ada call skype masuk,
tergezut aku. Ha sesape nak skype,
silalah download skype jugak kat laptop @ phone anda ye? Hehehehahaha

Yay yay ada skype haha xDD
Sebenarnya before this dah ada tapi tak boleh sign in,
tak tahu kenapa, selalu error :(

Pastu BEL habis, jumpe dengan Iman,
dah janji and memang every week akan naik sesame hohoho.
And we encountered with Saidah who was quite in a hurry tapi sempat lah stop kan dia
& tanya,
dia nak pegi mana.
Tapi dia tak cakap pape.
So kitorang pun blah la kan,
teruskan perjalanan nak turun bawah, tapi pakai lif lah.

On the way, aku berhenti layan notice board, tu memang kegemaran aku.
Ape yang best tatau lahhh. Tapi tadi aku tengok advertisement dinner kitorang,
Noche De Amor which gonna be held on this Sunday night tapi aku tak pegi pon sobsob.

Pastu, Iman ni pulak,
tengok satu kertas A4 putih yang terfotostat IC di atasnya.
Lepas tu dia tanya aku,
"Ni bukan Saidah ke?"

Aku pun macam, "Erk?"
Ya, memang tu IC Saidah. I thought she lost her IC,
then call Saidah, tanya.
Lagi terperanjat when she said, she had lost her purse, actually.
So dia datang kat notice board tu,
call orang yang tampal fotostat IC dia tu,
and got to know, there's no money left anymore in her purse.
Kesian kawan aku tu,
sobsob.
But i hope to see kad bank dia ada lah esok dalam purse dia tu.

Tapi moment yang menyentap aku tadi when Saidah's friend said that,
"Takpe segalanya bukan milik kita, tapi milik Allah."
Macam tu lah meaning ayat dia.
Serious. Macam menampar pipi aku ayat tu.
Tepat lagi benar serta padat ayat yang pendek tu sebenarnya.
Surelah sedihkan duit hilang dalam sekelip mata.
Tapi tu lah. Ujian.
Moga Saidah baik2 saja.
Housemate merangkap kawan sejak kecik aku tu :')
Kalau dia menangis, aku yang tengok pun akan nangis -,-'

Hmmm but the phrase,
yang aku dengar tu,
memang memberikan pengajaran :D
Semua yang kita ada dalam dunia ni,
pinjaman semata-mata,
bila Dia nak ambil,
ya, in the blink of eyes,
semua boleh hilang.
Maka selalu beringat dan bersedia.
Kan? :')



“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas.” 
(QS. Az Zumar:10)


Photobucket

Thursday, January 26, 2012

Life.

0 buddy (ies)
Assalamualaikum :)


Oleh sebab blog ni masih private, second day,
merajuk plus ada orang marahkan kita,
so hari ni macam bebas lah sikit kan nak post.
Tak payah nak fikir nak jaga hati orang lain.
So aku nak cakap pasal aku pulak kali ni.


Okay rase macam lain sebab i have nothing to do more with him.
Rasa lain, seriously.
Tapi biarlah,
sebab tak silap ingatan memang dari dulu ni yang aku idamkan.
Daripada terus2an aku menyeksa dia.
Maka aku kira ini yang terbaik buat dia.

Cume sekarang kene kukuhkan dan stabilkan diri,
yakinkan hati,
yang aku masih boleh dan mampu berdiri,
Punya kudrat untuk berdikari.


Tadi tutorial Math, oleh sebab aku terlajak tidur,
maka tak sempat untuk aku hadiri kuliah Biologi.
Sebab Madam Mazhani akan tutup pintu 10 minit selepas 8.30,
aku bukak mata tengok jam 8.33,
memang sempatlah 7 minit nak melompat terbang ke bawah sana melalui tangga maut segala tu kan walaupun kelas kat DK 1 FSK 1, 5 je.

Then, melompat lah aku jam 10.15 untuk ke kelas tutorial Matematik dan CTU,
TEC room FF3, memang melompat terbanglah,
tapi sempat singgah beli bebola kesayangan,
mengidam air laici, tapi tak sempat nak beli sebab dah lambat.
Satu kerje pulak panjat tangge naik tingkat 6,
sebab yang tunggu lif kat bawah semua budak lelaki,
aku sorang je girl,
jadah ape nak masuk lif aku sorang pompuan,
macam awkward gile,
dahla muke tak kenal,
sah budak2 engine. Sebelum naik tangge,
cam muke Aiman sorang je,
ex-schoolmate dulu. Tu pun muke selambe buat tak nampak.
Membilang anak tangga. Lega bila takde kertas test.
Tu je yang aku takut sebenarnya. Hihihi.
So aku tak menangis lah time Math tadi yayyyy~
Dan lega gila bila CTU start dengan ramahnya apabila Ustaz Wan Salam started the session by apologising to everyone.
:')
Thank you Allah for this great day :D

Lepas tu aku rasa macam banyak gila dapat ilmu hari ni masa CTU tadi,
seriously.
Lepas tu Fadzli bagi Ma'thurat kecil for each person in the class,
jazakumullah, khairan kathira :)

Masa CTU tadi,
pembentangan tajuk Mukjizat,
Firdaus yang mulakan,
then Farhi followed by Esma and Afiq.

Dan aku baru tahu bout asal usul orang bunian.
Aku pernah dengar cerita tu tapi aku dengar separuh je.


Dyorang share about advantages of al-Mulk,
baca sebelum tidur,
amal,
surah tu akan jadi pelindung kita di alam barzakh nanti.

Pastu Afiq did say about something,
tapi aku tak clearly ingat untuk apa,
yang aku ingat,
amal surah al-Mulk, as-Sajdah dan solat sunat witir.

Farhi bentangkan jenis2 dan pembahagian mukjizat rasanya.
He shared about huruf di setiap permulaan surah,
yang jumlah huruf dalam permulaan surah,
tak akan tinggalkan baki bila dibahagikan dengan angka 19.
19 adalah jumlah huruf dalam kalimah basmalah.
So, as an example,
surah al-Kahfi, dimulakan dengan huruf KAF,
dalam surah al-Kahfi ada 57 huruf KAF,
dan 57 boleh dibahagikan dengan 19 tanpa meninggalkan baki, kan?
Lepas tu ada lagi dia bagi contoh tapi akalku agak terbatas untuk mengingati setiap satu dengan terperinci :')

Esma bentangkan bout ilmu2 yang terkandung dalam al-Quran where aku pernah belajar sebenarnya sume ni during form 4 mase PQS dulu.
Ada pasal Sains, Muamalat, Syariat, Hukum2 semua.
Dan Esma ada sentuh pasal setiap satu lah,
jual beli, hukum2, sumpah li'an, membunuh tanpa sengaja, hudud dan sebagainya.

Tibe2 rase jadi form 4 lagi :')

Aku takut nanti giliran aku,
aku tak dapat share info macam diorang2 ni semua :'(
Tapi aku masih boleh cuba, kan? :)

Enough about classes tadi.
Aku dalam bilik ni,
actually tengah heran sebab roommate kesayangan aku tak sampai2..
Ada perjumpaan kah?
Hihihi.


Nina. Aku rasa rugi kalo kehilangan seorang teman like her.
She's very understanding despite my swinging mood,
hari2 nangis :/
Pernah sekali aku on the way naik bilik,
muke ketat tahan nak nangis,
sekali boleh terserempak dengan roommate aku,
she and her classmates were on their way to their class,
and she stopped, suddenly,
aku rasa ada orang tarik aku,
and asked, 'Kenapa?'
Aku dah sebak and kat situ jugak menangis :')
Caring gila. Aku terharu sangat mase tu.

Ada jugak one moment where dalam bilik,
aku lupa tapi dah lama,
aku macam KO sikit  masa tu,
but i did pretend to be okay,
tapi i don't know,
how did she manage to notice my sad mood,
dan tanya, "Sarah OK?"
Ya Allah, tergezut siaa aku masa tu.

Everyday after class,
kitorang akan membebel2 dalam bilik cerita hari masing2,
heee, that's how roommates work. Hohohoho.
Tensionlah wei nak pendam sorang2.
:D
At least stress for the day akan dikurangkan sikit,
hati makin suka ^___^


Back to my Nina (hahaha, 'my', tak tahan heeee),
dia bagaikan Latifah,
who will always know,
bila aku happy,
bila aku sedih,
I can't cheat her with my wide, bright smile like I can cheat everyone else.
She will know.
Even when texting,
dia boleh kenal.
Pernah aku menangis baca text dia sebab dia tanya aku okay ke tak walhal aku text punyalah normal macam biasa, and I was texting the others too but among sume orang yang aku tengah text, Teefah je yang perasan.
Aku pun tak berkemahiran sebegitu.
Aisshhhh.

Me and Latifah :D
So here I have my second Teef, which named Nina, my first roommate :)


Serious, setakat ni, due orang ni je yang boleh kenal aku tengah sedih walaupun di masa aku tengah pamerkan mood happy level yang paling teratas.

Tabik lah korang.
And big thanks for standing by myside :')

Cari gambar berdue dengan Shahirah tapi jumpe yang berempat, pun boleh ^___^
Ni mase form 4 ^___^

Kalau kat Shahirah,
tak sempat nak cam aku tengah sedih,
aku yang tersembur nangis dulu, hihihihi.
Tak boleh nak cover dah depan sahabat kembar tak serupe aku tu... :)

Rindu kawan2 :')


Okaylah nak tengok movie semalam tak sempat habis nangis banyak sangat.
Tunggu mak call pulak tadi putus duduk dalam lif ngehehehe.
Wassalam and take care.
*bajet blog tak privatelah ni ahahahaha xDDD

PS : 26 Januari, macam ada birthday seseorang. Yang aku ingat 27 Januari is Maryam's. 29 Januari is Kak Nadia's. Birthday Nasihah rasanya tapi rasanya 28 Januari. Hmmmm.

**Setakat post ni, blog still private. Yeah. Nanti nak public semule.
Bile dah ada keberanian ngahahaha xDD

Photobucket